Friday, 7 April 2017





Supreme, Jenama Yang Digilai

Supreme? Suatu nama yang agak janggal bagi masyarakat umum, tetapi jenama ini sangat popular dan menjadi pilihan anak muda masa kini. Lahir pada sekitar tahun 1994 di New York, Supreme merupakan sebuah jenama pakaian yang beridentitikan gaya hidup 'streetwear' dan 'skateboarding'. Brand 'subculture' ini aktif dalam menghasilkan pakaian dan aksesori fesyen, malah mereka juga mencipta papan luncur, yang akhirnya dijadikan koleksi dalam budaya seni moden.

Supreme diasaskan oleh James Jebbia, seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menetap di England. Butik pakaian sulung Supreme telah dibuka di Lafayette Street pada tahun 1994. Yang menariknya, butik ini telah direka mengikut tema 'skateboarding', rak-rak pakaian disusun secara kreatif, malah pelan lantai juga diubahsuai secara unik dengan memberikan lebih ruang untuk mewujudkan atmosfera yang selesa kerana pada waktu itu, kebanyakan 'skater' akan membawa backpack kemana saja mereka pergi.




Berbeza dengan jenama pakaian lain, Supreme mengeluarkan semua koleksi produknya secara serentak seluruh dunia tetapi dalam kuantiti yang terhad. Setiap keluaran ini akan dipasarkan secara atas talian, juga di butik-butik mereka seperti di New York, Paris dan Tokyo. Jenama ini mempunyai bilangan pengumpul koleksi mereka yang tegar, dan yang menariknya, setiap produk Supreme mempunyai nilai jual yang tinggi sekiranya disimpan dalam tempoh yang lama. Remaja sanggup menghabiskan hampir ribuan ringgit untuk mendapatkan sehelai sweater yang mempunyai logo Supreme di dada.

Salah satu strategi unik Supreme ialah mereka akan mengeluarkan edisi baru pada hari Khamis setiap minggu tepat jam 11 pagi. Pendekatan ini telah membuatkan jenama ini berjaya mengekalkan 'hype' dan populariti mereka dalam jangka masa yang panjang. Setiap kali keluaran, lebih 300 orang beratur di luar butik Supreme seawal jam 9 pagi merupakan suatu pemandangan yang biasa, malah ada antara mereka yang sudah berkampung sehari sebelum hari keluaran.

Ternyata, Supreme merupakan sebuah jenama pakaian yang terus berjaya memberikan impak yang besar dan mempengaruhi gaya hidup sebilangan remaja pada hari ini. Pada tahun 2012, jumlah keuntungan Supreme telah dianggarkan mencecah 40 juta USD, suatu nilai yang tinggi bagi sebuah jenama yang mula bergerak secara 'indie'. Kejayaan seperti ini diharap dapat menjadi inspirasi bagi pendokong jenama-jenama pakaian tempatan di Malaysia, setidak-tidaknya membawa industri pakaian jalanan ini berada di tahap yang boleh dibanggakan.


Wisata dan Berburu Piring Hitam

Indonesia adalah sebuah  Negara Republik yang mengamalkan  Konsep Bhinneka Tunggal Ika  ,
sebuah negara kepulauan yang memiliki ciri-ciri unik dari segi kebudayaan dan keseniannya.

Jakarta ibu negara bagi Indonesia
Keluasan Jakarta sekitar 661.52 KM2
Jumlah penduduk sekitar 28 Juta Jiwa,
Jakarta,J-Town ataupun lebih dikenali The Big Durian
adalah kota idel untuk dilawati bagi mereka yang mencintai seni ,muzik dan  barangan antik
kerana ianya menjanjikan satu pengalaman yang menarik  bagi mereka yang mencintai kesenian dan mencari kelainan.

Bagi pengemar barangan antik  seperti peralatan  dan perakam muzik lama
seperti Vinyi atau lebih  mesra dikenali sebagai Piringan Hitam
Jakarta adalah lokasi paling pas(paling tepat )untuk melakukan pencarian dan pemburuan .

Kami diantara jutaan umat manusia  yang terjebak didalam pemburuan piringan hitam ini
Perjalanan kami bermula dari Bandung dan berakhir di kota Jakarta
Untuk pengetahun Permisa, Perjalanan dari bandung ke jakarta dengan mengunakan kereta api memakan masa sekitar 3 jam 30 minit dengan tiket bernilai sekitar 110 ribu rupiah (RM 35) untuk kelas pertama. Sepanjang perjalanan ke jakarta pasti memberikan pengalaman yang cukup bermakna dijanjikan dengan pemandangan panorama yang begitu indah sehingga tidak sedar masa 3 jam 30 minit itu berlalu dengan begitu sahaja.

Sedikit coretan pemandangan dari Bandung ke Jakarta





Di Jakarta, Tempat-tempat yang  wajib dikunjungi bagi oleh para pencinta piringan hitam  adalah

Jl.Surabaya,Jakarta Pusat.

Lokasi yang paling tepat  bagi pemburu  piring hitam
menurut cakap-cakap orang tempatan disini
Jl.Surabaya ini adalah tempat pemburuan bagi mereka yang cukup mengilai piring hitam,
disini piring hitam dari era 40 an sehingga kini dapat ditemui .
Jika bijak didalam urusan tawar menawar pasti akan memperolehi harga diskaun yang bisa bikin kita tersenyum gembira. Oh ya di Jl.Surabaya ini juga adalah pusat jualan bagi barangan -barang antik yang lain, Jadi tidak hairan kenapa Jl.Surabaya ini cukup terkenal dikalangan pelancong tempatan mahupun luar.

Piring Hitam 








Barangan Antik 



Blok M Square ,Jakarta Selatan 

Di Pusat membeli belah atau berbelanja Blok M Square yang terletak di Jakarta Selatan ini
para peminat piring hitam dapat menemukan banyak kedai-kedai yang menjual koleksi piring hitam, disini koleksi piring hitamnya cukup lengkap  piring hitam dari era 50 an dapat ditemui disini,tidak ketinggalan juga  piring hitam keluaran terkini .Berbanding Jl.Surabaya disini agak nyaman kerana berada di dalam premis berhawa dingin dan Yang Paling penting  Sekali lagi Kemahiran Tawar menawar harga barang diperlukan disini untuk mendapatkan diskaun harga yang maksimum.





Pasar Santa,Senopati Jakarta Selatan

Tempat pemburuan terakhir dan wajib pergi bagi pengemar piring hitam adalah di Pasar Santa ,
unik nya tentang  Pasar Santa ini kerana lokasi nya yang terletak di atas pasar harian dan barangan basah ,meksipun ianya  terletak di kawasan pasar ,Pasar Santa ini tetap menjadi tumpuan anak muda disekitar Jakarta berkumpul dan berkongsi obsesi mereka terhadap piring hitam




Klonkusinya setelah Empat hari Tiga Malam Berwisata di Jakarta kami pun pulang ke Kuala Lumpur
dengan perasaan yang gembira kerana misi kami untuk memburu piring hitam yang didambakan telah berjaya dimiliki.
















Bercuti di Kuantan

Kuantan, sebuah bandar terletak di pesisir pantai yang cukup sinonim dengan ketenangan dan kemesraan penduduknya. Kuantan merupakan hub jaringan utama menghubungkan bandar-bandar utama lain di Pantai Timur seperti Kota Bahru dan Kuala Terengganu. Jarak perjalanannya sekitar 270 kilometer jika dihitung dari Kuala Lumpur, dan untuk sampai ke sini, ianya memakan masa sekitar 2 jam 30 minit jika memandu dari ibukota.

Kuantan mempunyai seribu satu cerita dan pelbagai tarikan yang tersendiri. Ibu negeri bagi Pahang ini cukup terkenal dengan tebaran landskap pantainya yang cantik. Cherating dan Teluk Cempedak merupakan pilihan utama para pengunjung yang nak bercuti atau ingin lari sebentar daripada hiruk-pikuk bising kota. Pantai Cherating mempunyai butiran pasir yang memutih cantik serta air laut yang menggulung biru, manakala Teluk Cempedak merupakan port santai warga sekitar menghabiskan sisa hujung minggu bersama teman-teman serta keluarga.

Teluk Cempedak mengamit memori




Cherating Butiran Pasir yang Memutih




Kuantan juga merupakan syurga makanan untuk negeri Pahang. Oleh kerana terletak berhampiran Laut China Selatan, Kuantan sangat popular sebagai salah satu lokasi pilihan untuk menjamu ikan bakar. Terdapat pelbagai restoren makanan laut di sekitar Tanjung Lumpur yang bersedia menanti kunjungan anda. Selain itu, Kuantan juga terkenal dengan makanan-makanan tradisi negeri Pahang seperti puding raja dan ikan patin pais tempoyak, selain lambakan kafe-kafe hipster di sekitar kawasan bandar.

Makanan Laut Yang Segar di Tanjung Lumpur



Patin Tempoyak yang Mantap rasanya



Kuantan merupakan suatu destinasi perlancongan yang wajib dilawati jika anda inginkan suasana yang damai dan permai. Bandar ini sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda, tidak terlalu sibuk dan dalam masa yang sama, segalanya ada di sini. Sebagai contoh, setiap hujung minggu bandar ini turut dipenuhi dengan kehadiran penduduk dari bandar sekitar seperti Kemaman dan Temerloh, yang datang sama ada untuk bercuti, ataupun juga mencari kelengkapan dan melakukan lain-lain urusan.


Kuantan itu Wilayah TERBANG



Industri Pakaian Tempatan

Tahukah anda, di Malaysia terdapat lebih daripada 300 jenama pakaian tempatan yang bergerak secara sendiri? Yang menariknya, hampir 90% perniagaan penjenamaan pakaian ini dipelopori oleh golongan anak muda. Saban hari, industri pakaian tempatan ini semakin meriah dan terus berinovasi untuk kekal relevan, dan dalam masa yang sama perlu bersaing bersama jenama-jenama gergasi kepunyaan pelabur-pelabur asing yang lebih popular dalam kalangan masyarakat.

Awal tahun 2013 menyaksikan pelbagai jenama pakaian tempatan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pasaran menjadi lebih luas dan terbuka oleh kerana pertambahan permintaan dan minat terhadap gerakan ini. Jenama-jenama baru ini hadir memberikan saingan kepada jenama sedia ada yang sudah mula bertapak sejak sekitar tahun 2008 lagi. Nama-nama besar seperti Abstrax Jingga, The Super Sunday dan Akudesign cukup sinonim dalam kalangan penggemar jenama tempatan. Mereka merupakan antara brand perintis yang menggerakkan industri pakaian ini, yang juga lebih dikenali sebagai "Lokalah".

Untuk memastikan sesebuah jenama dapat terus mempunyai tarikan untuk bersaing secara sihat, setiap brand mempunyai identiti dan nilai masing-masing. Sebagai contoh, Terbang merupakan sebuah jenama yang agak berpengaruh berasal dari Kuantan, Pahang. Mereka mengetengahkan mesej-mesej motivasi agar audien berani untuk terbang lebih tinggi mengejar impian menerusi rekaan dalam setiap keluaran mereka. Motto seperti "Aim High, Stay Fly!" sangat unik, malah berjaya menarik perhatian pelbagai golongan lapisan masyarakat terutama sekali remaja.

Kebanyakan jenama pakaian ini menjalankan perniagaan secara di atas talian atau 'online', menyertai festival-festival tempatan, malah terdapat juga jenama pakaian lokal yang telah mempunyai kedai fizikal mereka sendiri. Misalnya, Abstrax Jingga mempunyai tiga cawangan butik iaitu di Shah Alam, Bangsar dan Bangi. Potensi perniagaan 'branding' ini amat besar, malah berjaya melahirkan usahawan muda, memberikan peluang-peluang pekerjaan serta menjanjikan pulangan lumayan buat pengusaha pakaian tempatan yang kreatif dan bijak memanfaatkan setiap ruang dan peluang.

Tempatan Fest adalah Penganjur yang bertanggung jawab menganjurkan Festival Baju Tempatan.


Diantara Jenama Pakaian Tempatan yang menjadi Kegilaan Anak Muda


TERBANG


AMITY


Apa itu Piring Hitam

Piring Hitam dikenali juga sebagai rekod gramofon,rekod fonograf atau hanya rekod ianya merujuk kepingan peranti storan bahan audio berekod. Bermulanya pengunaan Piring Hitam Sekitar Tahun 1857 oleh Leon Scott mengunakan diafragama bergetar untuk merakam bunyi, piring hitam merupakan alat yang satu ketika dahulu digunakan untuk menyimpan ataupun merekam suara dan ianya dapat diputarkan kembali dengan mengunakan sebuah alat yg bernama Gramfon.

Diawal permulaan perciptaan piring hitam ianya dibuat dari sebatian bahan kaca,plastik dan getah,
tetapi ciptaan Piring Hitam yang paling terkenal adalah  yang diperbuat dari Shellac yaitu bahan dari kapas yang digunakan untuk membuat kertas manila tetapi  kualiti nya kurang tahan
dan mudah rosak ,disebabkan permasalahan teresbut maka berlakunya satu pembaharuan inovasi pada reka cipta bagi ketahanan piring hitam dengan mengunakan bahan dan sebatian yang lebih tahan lasak yaitu plastik vinyl sejenis Plastik Polymer.

Terdapat tiga Ukuran  yang dapat dibezakan didalam piring hitam  melalui  hitungan RPM (rotation per minute) ya itu 78, 45, 33 1/3. Piring hitam didalam ukuran 78 dan 45 didalam plat berdiameter 25 cm  manakala piringan hitam berukuran 33 1/3 adalah plat berdiameter 30 cm .

Di Tahun 1948 pengunaan piring hitam mula meluas melalui industri muzik dan ianya menjadi cukup Hits . Walaupun sudah melalui pelabagai evolusi didalam bidang perakaman dan Industri Muzik seperti kewujudan kaset sekitar tahun 70 an dan 80 an  yang lebih murah harganya dan disusuli dengan Pengunaan disc atau cd sekitar tahun 90 an,ianya masih lagi tidak mampu menandingi keunggulan dan ketahanan piring hitam yang lebih tahan lama dan lebih bergema suaranya,
Jadi tidak hairan di abad ke 21 ini,Piring hitam atau vinyi masih lagi diburu oleh generasi baru dan Para peminat tegarnya dan ianya meletakkan "Vinyl"dikelas yang tersendiri.






Supreme, Jenama Yang Digilai Supreme? Suatu nama yang agak janggal bagi masyarakat umum, tetapi jenama ini sangat popular dan...