Friday, 7 April 2017


Bercuti di Kuantan

Kuantan, sebuah bandar terletak di pesisir pantai yang cukup sinonim dengan ketenangan dan kemesraan penduduknya. Kuantan merupakan hub jaringan utama menghubungkan bandar-bandar utama lain di Pantai Timur seperti Kota Bahru dan Kuala Terengganu. Jarak perjalanannya sekitar 270 kilometer jika dihitung dari Kuala Lumpur, dan untuk sampai ke sini, ianya memakan masa sekitar 2 jam 30 minit jika memandu dari ibukota.

Kuantan mempunyai seribu satu cerita dan pelbagai tarikan yang tersendiri. Ibu negeri bagi Pahang ini cukup terkenal dengan tebaran landskap pantainya yang cantik. Cherating dan Teluk Cempedak merupakan pilihan utama para pengunjung yang nak bercuti atau ingin lari sebentar daripada hiruk-pikuk bising kota. Pantai Cherating mempunyai butiran pasir yang memutih cantik serta air laut yang menggulung biru, manakala Teluk Cempedak merupakan port santai warga sekitar menghabiskan sisa hujung minggu bersama teman-teman serta keluarga.

Teluk Cempedak mengamit memori




Cherating Butiran Pasir yang Memutih




Kuantan juga merupakan syurga makanan untuk negeri Pahang. Oleh kerana terletak berhampiran Laut China Selatan, Kuantan sangat popular sebagai salah satu lokasi pilihan untuk menjamu ikan bakar. Terdapat pelbagai restoren makanan laut di sekitar Tanjung Lumpur yang bersedia menanti kunjungan anda. Selain itu, Kuantan juga terkenal dengan makanan-makanan tradisi negeri Pahang seperti puding raja dan ikan patin pais tempoyak, selain lambakan kafe-kafe hipster di sekitar kawasan bandar.

Makanan Laut Yang Segar di Tanjung Lumpur



Patin Tempoyak yang Mantap rasanya



Kuantan merupakan suatu destinasi perlancongan yang wajib dilawati jika anda inginkan suasana yang damai dan permai. Bandar ini sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda, tidak terlalu sibuk dan dalam masa yang sama, segalanya ada di sini. Sebagai contoh, setiap hujung minggu bandar ini turut dipenuhi dengan kehadiran penduduk dari bandar sekitar seperti Kemaman dan Temerloh, yang datang sama ada untuk bercuti, ataupun juga mencari kelengkapan dan melakukan lain-lain urusan.


Kuantan itu Wilayah TERBANG



No comments:

Post a Comment

Supreme, Jenama Yang Digilai Supreme? Suatu nama yang agak janggal bagi masyarakat umum, tetapi jenama ini sangat popular dan...